Wikipediawan

Jumaat, 13 Julai 2012

Upload imej di ms.wikipedia


Cara muat-naik atau upload di ms.wikipedia adalah lebih mudah berbanding en.wikipedia yang penuh dengan protokol.

Lokasi fungsi muat naik di ms.wikipedia.


Pastikan anda sudah baca dan faham peraturan yang ada dengan teliti sebelum muat-naik di ms.wikipedia. Jika tidak imej yang anda muat-naik mungkin akan dipadam oleh penyelia yang bertugas.

Sebelum muat naik, pastikan nama imej itu sudah ditukar bersesuaian dengan imej tersebut. Janganlah pula penuh dengan nombor 1234567890.jpg. Ini akan mengelirukan pengguna lain. Kalau imej orang, boleh la letakkan nama orang tersebut.

Kemudian pilih lesen yang berkaitan gambar tersebut. Pilih ikut keterangan yang ada. Mudah sahaja. Jika anda tak isi bahagian ini, imej anda pun mungkin akan dipadam suatu hari nanti.

Tekan 'Muat naik fail'.

Kemudian ambil tajuk imej tersebut dan gunakan ia untuk diletakkan di artikel berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan