Wikipediawan

Selasa, 31 Julai 2012

Senarai Pantau

Dalam menyunting ms.wikipedia, kita semestinya tidak mahu artikel kita mempunyai unsur-unsur vandalisme.

Untuk itu saya selalu rujuk 'Senarai pantau' untuk melihat apa-apa perubahan terbaru terhadap mana-mana artikel yang telah saya kemaskini.


Untuk membolehkan kita meletakkan artikel itu dalam senarai pantau kita, sila tanda pada 'pantau laman ini' dan simpan.


Jika terdapat unsur-unsur vandalisme berlaku kepada artikel yang disumbang, kita boleh kembalikannya kepada masa terakhir ia diubah dengan melihat 'Lihat sejarah'. Ambil 'batal' untuk membatalkan vandalisme yang berlaku.




Mudah bukan? Siapa kata wikipedia tiada orang yang jaga? Jika tidak saya jaga, pasti ada yang lain jaga kerana wikipedia ini semua orang boleh sunting. Yang pasti suntingan itu juga perlu lah telus kerana semua orang boleh baca apa yang kita tulis sebaik sahaja butang 'Simpan' ditekan. Paparan ini akan kelihatan di 'Perubahan terkini'.

p/s: nanti akan saya update pula cara meletakkan kod samar jika fakta yang dikemukakan di artikel-artikel yang kita baca di ms.wikipedia agar wikipediawan boleh membuat penilaian sebelum menyingkirkannya dari artikel tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan