Wikipediawan

Jumaat, 13 Julai 2012

Meletakkan imej di ms.wikipedia


Untuk koding gambar atau foto atau imej di ms.wikipedia, mudah sahaja.

Hafal kod ini

[[imej:nama gambar.jpg|thumb|250px|left|Caption gambar.]]

Penerangan:
kod utama ialah

imej:

kemudian perlulah diisikan dengan nama gambar tersebut.

Sila salin sekali dengan .jpg atau imej anda takkan muncul di koding imej.



kemudian diikuti dengan

thumb

ini supaya bentuk gambar tersebut akan ada rangka (frame)

dan kemudian saiz gambar. Mengikut pengalaman saya 250px adalah saiz yang ideal untuk setiap artikel di ms.wikipedia

Seterusnya posisi gambar.


left 
right
center  <- saya tak galakkan menggunakan center kerana ia kurang nampak enak di wikipedia.

Akhir sekali caption/penerangan gambar. Gunakan penerangan berkaitan gambar tersebut agar pembaca mudah faham kaitan gambar dengan artikel yang sedang kita tuliskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan