Untuk itu saya selalu rujuk 'Senarai pantau' untuk melihat apa-apa perubahan terbaru terhadap mana-mana artikel yang telah saya kemaskini.
Untuk membolehkan kita meletakkan artikel itu dalam senarai pantau kita, sila tanda pada 'pantau laman ini' dan simpan.
Jika terdapat unsur-unsur vandalisme berlaku kepada artikel yang disumbang, kita boleh kembalikannya kepada masa terakhir ia diubah dengan melihat 'Lihat sejarah'. Ambil 'batal' untuk membatalkan vandalisme yang berlaku.