Wikipediawan

Khamis, 12 Julai 2012

Tips Memulakan Artikel Kosong

Baiklah.

Kali ini saya memberi tips apa yang perlu ada jika kalian ingin mencipta satu artikel kosong di ms.wiki

Di sini saya nyatakan juga contoh untuk satu artikel yang saya cipta.

Katakan kita terbaca satu artikel dalam bahasa Inggeris mengenai Chicory. Kita berminat ingin menulis mengenainya di ms.wikipedia. Jadi kita pun pergilah ke ms.wikipedia untuk mencpita artikel bertajuk Cikori.


Langkah pertama ialah menggunakan butang carian. Pastikan artikel yang hendak kita cipta itu belum tercipta di ms.wiki


 Setelah pasti artikel tersebut tidak terdapat di ms.wikipedia, kita tekan perkataan yang berwarna merah itu.



Akan muncul satu kotak kosong. Kotak kosong itu adalah tempat kita mengisi maklumat mengenai cikori.






Apa yang saya lakukan ialah dengan menterjemahkan sahaja 2-3 potong ayat daripada en.wikipedia mengenai cikori sebagai permulaan.

1. Saya akan salin (copy) 2-3 potong ayat dari Chicory dari artikel en.wikipedia.






2. Saya tampalkan (paste) pada kotak kosong tadi. Dengan ini mudah lah untuk saya menterjemahkan 2-3 potong ayat tersebut.


Common chicory, Cichorium intybus,[1] is a somewhat woody, perennial herbaceous plant usually with bright blue flowers, rarely white or pink. Various varieties are cultivated for salad leaves, chicons (blanched buds), or for roots (var. sativum), which are baked, ground, and used as a coffee substitute and additive. It is also grown as a forage crop for livestock.[2] It lives as a wild plant on roadsides in its native Europe, and in North America and Australia, where it has become naturalized.

"Chicory" is also the common name in the United States for curly endive (Cichorium endivia); these two closely related species are often confused.[3]

Cikori ialah tumbuhan herba saka, sedikit berkayu yang mempunyai bunga berwarna biru terang, jarang sekali putih atau merah jambu. Pelbagai varieti ditanam untuk daun salad, chicon (tunas putih), atau akar (var. sativum), yang dibakar, digilis dan dijadikan sebagai pengganti kopi dan aditif. Ia juga ditanam sebagai tanaman foraj. Ia tumbuh sebagai tumbuhan liar di tepi tepi jalan di kawasan asalnya iaitu di Eropah, dan Amerika Utara. Di Australia pula ia telah menjadi sebati di sana.

"Chicory" juga nama biasa di Amerika untuk "curly endive" (''Cichorium endivia''); kedua spesis ini hampir sama membuatkan ia sering disalah kelirukan.

3. Setelah habis menterjemah, saya tinggalkan sahaja maklumat bahasa Melayu sahaja.

Kerana kita hanya menterjemahkan 2-3 ayat sahaja dari artikel asal, saya sarankan kita letakkan koding

{{tunas}}

supaya nanti para wikipedian lain tahu ia masih tidak lengkap.

Seterusnya, kita perlu mengkategorikan artikel yang telah kita cipta ini. Saya biasanya akan ikut sebagaimana artikel asal dalam BI sebagai rujukan.

[[Kategori:Bahan tambah]]
[[Kategori:Sayur daun]]

Cukuplah untuk permulaan saya buat 2 kategori sahaja. Nanti kita akan tambah apabila kita semakin maju dalam penyuntingan ms.wikipedia.

Langkah seterusnya ialah mengisi pula kod untuk interwiki. Fungsi interwiki ialah menghubungkaitkan artikel ini dengan artikel bahasa lain. Sudah memadai dengan kita meletakkan interwiki dari en.wiki. Nanti bot akan menyambung interwiki kita ini.

[[en:Chicory]]

Akhir sekali kita semak semula artikel yang telah kita tulis/terjemah itu. Lihat jika ada kesalahan ejaan atau tatabahasa. Saya menyarankan untuk kita menggunakan butang "Paparkan pralihat".


Dan barulah kita boleh menekan butang "Simpan".


Alhamdulillah. Siaplah artikel pertama kita! Mudah bukan? 


Dapat saya ringkaskan,


1. Cari samaada artikel yang kita mahu cipta sudah ada atau belum di ms.wikipedia
2. Jika tiada, boleh cipta dengan tekan perkataan berwarna merah.
3. Cara paling senang isi maklumat adalah dengan melakukan penterjemahan 2-3 potong ayat dari artikel asal di en.wikipedia
4. Masukkan kod {{tunas}} supaya wikipediawan lain tahu ia masih tak lengkap
4. Masukkan kod kategori
5. Masukkan interwiki Inggeris untuk menghubungkan ia dengan wiki bahasa lain.


Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan