Wikipediawan

Ahad, 22 Julai 2012

Perubahan terkini


Untuk melihat apa yang up-to-date artikel di ms.wikipedia, kita boleh gunakan fungsi 'Perubahan terkini'.


Akan keluar satu laman menunjukkan apa-apa pengubahan artikel terbaru di ms.wikipedia. Laman ini memaparkan setiap sejarah suntingan yang dilakukan oleh para wikipedian sama ada yang berdaftar atau pun tidak berdaftar.

Ia kelihatan agak berserabut dengan pelbagai maklumat. Saya sarankan jika anda sudah berdaftar dengan ms.wikipedia, ubah setting lebih mesra untuk lihat laman perubahan terkini.

Caranya ialah dengan pergi ke 'Keutamaan saya' > tab 'Perubahan terkini' > tandakan 'Perubahan kumpulan mengikut laman dalam perubahan terkini dan senarai pantau (memerlukan JavaScript)'


Tandakan ia.

Maka dari laman sebegini,



Kini menjadi begini,


Dengan ini akan lebih mudah untuk kita awasi apa yang terbaru di ms.wikipedia. Boleh la kita lihat siapa paling aktif menyunting ms.wikipedia. Lebih kurang macam lihat 'News feed' muka buku. Cuma dalam bentuk yang agak berlainan penuh dengan tulisan sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan