Wikipediawan

Sabtu, 21 Julai 2012

Kredit kepada penulis

Masih ada penulis wikipedia yang keliru mengenai kredit penulisan mereka. Adakah wikipedia mengiktiraf usaha mereka menulis atau tidak?

Sebenarnya wikipedia secara tidak langsung telah menyimpan maklumat penulis sebagai bahan bukti penulis itu tulis apa.

Lihat di tab 'Lihat sejarah'

Tab penting untuk wikipediawan ambil perhatian.

Dalam lihat sejarah ini tercatat semua penulisan wikipediawan sebaik sahaja butang 'Simpan' ditekan. Rekod sama ada penulis menambah atau membuang mana-mana perkataan tersimpan rapi di sini.

Kita juga boleh kembalikan semua penulisan kita jika ada yang gatal tangan membuang maklumat penting dalam artikel tulisan kita.

Dengan ini, wikipedian bolehlah menyumbang dengan senang hati. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan